TERKINI : Polis Sudah Ada Pasukan Khas Bertindak Isu Pencemaran Air Sungai Di Selangor

Polis sudah mempunyai satu pasukan khas untuk bertindak terhadap sebarang insiden pencemaran air sungai di negeri Selangor.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Noor Azam Jamaludin berkata pasukan khas itu akan sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).