Home Seni Hidup Sumbangan dōTERRA untuk kebajikan, pembangunan masyarakat

Sumbangan dōTERRA untuk kebajikan, pembangunan masyarakat

Baru-baru ini, pihaknya membiayai Persatuan Autism Nasional Malaysia (NASOM) untuk mendapatkan sebuah kenderaan bagi memudahkan kerja-kerja logistik.

KUALA LUMPUR – Syarikat kesihatan serta peneraju dunia dalam pasaran aromaterapi dōTERRA baru-baru ini meraikan ulang tahun ketiganya di Malaysia.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, majlis sambutan tahun ini dianjurkan buat julung kali secara maya dan lebih dari 5,700 peserta mengambil bahagian secara dalam talian.

“Pada awal tahun, kami membuat perancangan untuk menganjurkan majlis besar-besaran untuk menyambut ulang tahun syarikat kami di Kuala Lumpur.

“Susulan peningkatan kes wabak Covid-19 di tanah air, kami
membuat keputusan untuk meraikan ulang tahun kali ini secara maya dengan cara yang lebih selamat,” kata Pengurus Besar dōTERRA Malaysia, Ethan Wang dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurutnya, pada bulan Mei lalu menerusi kempen ‘EngageInGood’, pihaknya telah menderma sebanyak RM60,000 sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghulur bantuan kepada golongan yang terjejas akibat Covid-19.

Projek tersebut menyaksikan dōTERRA bekerjasama dengan
empat pertubuhan bukan kerajaan tempatan iaitu Tenaganita, Refuge for the Refugees, Dapur Jalanan KL dan Liga Rakyat Demokratik bagi membantu mereka yang sangat memerlukan
terutamanya keluarga berpendapatan rendah daripada golongan B40, ibu tunggal, pekerja bergaji hari, warga asing dan pelarian.

“Sejak tahun 2018, DŌTERRA Malaysia telah menyumbang RM 292,860 untuk aktiviti pembangunan komuniti dan kami berasa amat bangga untuk terus memperkasakan usaha untuk membantu golongan yang sangat memerlukan,” kata Ethan.

Baru-baru ini, pihaknya membiayai Persatuan Autism Nasional Malaysia (NASOM) untuk mendapatkan sebuah kenderaan bagi memudahkan kerja-kerja logistik.

“Kami juga bakal melancarkan kempen baru untuk menyokong TENAGANITA bulan ini, dengan harapan untuk mengumpul
dana sebanyak RM60,000 untuk usaha melindungi dan menyokong hak wanita, kanak-kanak dan golongan pelarian di samping memerangi pemerdagangan manusia,” katanya lagi.

Diasaskan pada tahun 2008, dōTERRA International adalah peneraju utama dalam pasaran Aromaterapi dan Minyak Esensial dunia dan berpangkalan di Malaysia sejak 2017 dan kini mempunyai lebih dari 32,000 ahli di seluruh negara.- MalaysiaGazette