Norma baharu susulan pandemik COVID-19 mencetuskan pelbagai perubahan dalam kehidupan seharian.
Kini, lebih banyak masa dihabiskan di rumah. Bekerja dari rumah dan belajar pun dari rumah.
Tentunya kehadiran norma baharu membawa cabaran tersendiri. Penggunaan elektrik misalnya pasti akan melebihi paras kebiasaan kerana banyak aktiviti yang dilakukan di rumah melibatkan penggunaan elektrik.
Belajar dalam talian menggunakan elektrik, memasak pun menggunakan elektrik. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti lain seperti menonton televisyen. Hampir kesemua aktiviti di rumah menggunakan elektrik.Namun, tahukah anda sekecil mana sekali pun perubahan amalan seperti menutup suis peralatan elektrik apabila tidak digunakan dan menetapkan suhu penyaman udara pada 24 darjah Celsius, boleh membawa kesan yang besar.
Bayangkan kebaikan yang dapat dinikmati bersama sekiranya kita semua melakukan peranan masing-masing.
Untuk panduan penjimatan elektrik yang lain, layari www.tnb.com.my Sila layari aplikasi dan portal myTNB di www.mytnb.com.my untuk memantau dan mengurus penggunaan elektrik.