Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Hotel Hilton di Bangsar selepas mengadakan pertemuan lebih empat jam dengan ketua-ketua parti kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri yang tiba seawal pukul 12.20 tengahari mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua parti dalam kerajaan PN.
Ia kemudian disusuli dengan satu lagi agenda iaitu pertemuan dengan ketua-ketua whip.