KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Hotel Hilton di Bangsar selepas mengadakan pertemuan lebih empat jam dengan ketua-ketua parti kerajaan Perikatan Nasional (PN) di sini.
Beliau yang beredar dari hotel tersebut pukul 5 petang sempat melambai kepada pengamal media yang menunggu bagi membuat laporan berkenaan pertemuan tersebut.
Muhyiddin berlalu tanpa mengucapkan sepatah perkataan ketika ditanya wartawan yang ingin tahu intipati perbincangan dalam pertemuan yang berlangsung.
Tindakan sama turut diambil oleh ketua-ketua parti yang lebih selesa mengunci mulut daripada berkongsi dengan media berhubung pertemuan yang diadakan itu.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui berkata, pertemuan pada hari ini adalah pertemuan biasa ketua whip bersama ketua kerajaan (Muhyiddin).
“Ini adalah pertemuan biasa dengan ketua whip. Ia adalah perjumpaan dengan ahli anggota pimpinan kerajaan, itu sahaja,” katannya yang merupakan Ketua Whip PN.
Terdahulu, Perdana Menteri yang tiba seawal pukul 12.20 tengahari mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua parti dalam kerajaan PN.
Ia kemudian disusuli dengan satu lagi agenda iaitu pertemuan dengan ketua-ketua whip.
Sebelum itu beberapa pemimpin parti seperti Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba lebih awal.
Ia kemudiannya diikuti dengan kehadiran, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaren; Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili; Presiden STAR, Datuk Dr Jeffry Kitingan; Presiden PBRS, Datuk Seri Panglima Joseph Kurup; Presiden SAPP, Datuk seri Panglima Yong Teck Lee dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. – MalaysiaGazette
Hari ini berlaku lagi budaya ‘khianat’ di kalangan ADUN atau MP yang di pilih rakyat. Apakah dengan mengisthihar Adun atau MP bebas kalian akan di anggap bersih dari dosa?
Para alim ulama’ perlu mempertegaskan hukum terhadap pelompat pelompat parti ini, agar tidak menjadi budaya di kalangan mereka yang telah di beri tanggungjawab untuk mewakili pengundi yang mengundi mereka itu.
Agama ini jelas melarang kalian MP atau ADUN melakukan khianat!!! apa sahaja parti kalian wakili!!..
Jika kalian ingin juga melompat dari satu parti ke parti yang lain, tanggalkan jawatan yang di menangi itu, agar di beri peluang di kalangan rakyat di kawasan kalian membuat pilihan semula, kerana kemenangan kalian itu atas dasar parti yang kalian menjadi calon mewakili parti kalian menangi itu. Itu jelas khianat!!!
Budaya lompat parti, lalu membawa dengan gelaran itu sekali ke parti baru itu samalah kalian membawa sama dosa khianat itu sehingga ke PRU akan datang, manakala parti baru yang kalian bersama itu menerima kalian dengan senang hati? apakah tiada sekelumit iman di hati para pelompat parti ini??? sudah matikah deria iman di hati para pelompat parti ini?? bersaksilah, kalian pasti menyesal suatu hari nanti!!!!
Uztad Ahmad Dusuki Abdul Rani ( pemimpin pas Selangor)
12 Nov 2018
Lebai dpt jwatan habis semua dilanggarnyer…