QUEBEC – Sekurang-kurangnya dua orang ditikam sehingga mati di bandar ini oleh seorang lelaki bersenjatakan pedang dan memakai pakaian dalam abad pertengahan.
Polis berkata, kejadian yang berlaku pada malam Halloween itu turut mencederakan lima yang lain.
Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia pertengahan 20-an ditangkap.
Setakat ini polis mendapati suspek tidak ada kaitan dengan kumpulan pelampau.
Perdana Menteri Justin Trudeau dalam akaun Twitternya berkata: “Saya sedih dengan kematian dua mangsa dalam serangan ngeri malam tadi di bandar Quebec.
Setakat ini identiti suspek belum didedahkan kepada awam.
Pada sidang media pada hari Ahad, Ketua Polis Kota Quebec, Robert Pigeon berkata, lelaki itu berasal dari pinggir Montreal datang ke Quebec untuk melakukan ‘kerosakan’.
“Dengan berpakaian kostum abad pertengahan dan bersenjatakan pedang Jepun, semuanya membuat kami percaya dia memilih korbannya secara rawak,” tambah Pigeon.
Suspek didakwa pernah menyatakan untuk melakukan serangan “dalam konteks perubatan” lima tahun yang lalu tetapi tidak diketahui polis dan tidak mempunyai rekod jenayah, kata polis.
Laporan pertama mengenai kejadian berhampiran tempat perhimpunan nasional kota berbahasa Perancis itu sejurus sebelum pukul 10.30 waktu tempatan pada hari Sabtu.
Suspek ditangkap berhampiran taman perniagaan Espace 400e.
Akhbar Le Soleil Quebec melaporkan suspek ditangkap ketika dia sedang baring di atas tanah, tanpa kasut dan mengalami hipotermia.
Dia menyerah diri tanpa tentangan.
Selepas ditahan, suspek dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.
Menurut polis, lima yang cedera sedang dirawat di hospital dengan pelbagai tahap kecederaan. – MalaysiaGazette