Home Dunia Kanak-kanak diselamatkan selepas terperangkap 65 jam bawah runtuhan

Kanak-kanak diselamatkan selepas terperangkap 65 jam bawah runtuhan

Pasukan penyelamat membawa keluar kanak-kanak berusia tiga tahun yang terperangkap selama 65 jam di bawah runtuhan bangunan di Izmir, Turki. Foto Agensi

ISTANBUL- Seorang kanak-kanak perempuan berjaya diselamatkan daripada runtuhan pangsapuri yang roboh di Izmir, Turki susulan gempa bumi kuat yang melanda negara itu Jumaat lalu.

Kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai Elif Perincek itu diselamatkan pagi Isnin selepas lebih 65 jam terperangkap di bawah runtuhan bangunan tersebut.

Menurut Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca, ibu kanak-kanak perempuan tersebut bersama dua mangsa lain juga berjaya diselamatkan sebelum itu.

Bagaimanapun salah seorang daripada adik-beradiknya meninggal dunia.

Berita mengenai penemuan Elif itu hadir beberapa jam selepas seorang lagi kanak-kanak ditemui masih hidup di bawah runtuhan tersebut dan berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (NAFD) Turki, kanak-kanak berusia 14 tahun itu, Idil Sirin berjaya diselamatkan selepas terperangkap selama 58 jam.- MalaysiaGazette

+ posts