KUALA LUMPUR – Para pelabur asing melupus sejumlah RM669.52 juta dalam ekuiti Bursa Malaysia pada bulan lalu.
MIDF Research dalam laporan aliran dana mingguan berkata, pada minggu berakhir 30 Oktober, jualan asing perlahan kepada RM190.04 juta berbanding RM214.4 juta pada minggu sebelumnya.
Pelabur asing menjual sebanyak RM89.80 juta dalam ekuiti tempatan dengan pelabur runcit dan institusi tempatan sebagai penjual bersih masing-masing RM27.19 juta dan RM62.61 juta.
Namun, aliran masuk ini berkurangan sepanjang minggu berlalu apabila penjualan mendapat momentum dan pasaran luar mempengaruhi keputusan pelabur.
Menurutnya, aliran keluar terbesar adalah pada hari Jumaat dengan jumlah RM279.83 juta dan aliran keluar terkecil pula pada hari Rabu pada RM118.78 juta, katanya.
Setakat 10 bulan pertama tahun ini, jumlah jualan pelabur asing berjumlah RM23 bilion.
MIDF Research menambah, sebagai perbandingan dengan pasaran-pasaran Asia Tenggara yang dijejaki pada minggu lalu, Indonesia merekodkan aliran keluar yang paling kecil dan Thailand pula paling besar berbanding lain-lain.
Dari segi penyertaan, pelabur runcit telah muncul sebagai pembeli dengan nilai RM106.43 juta ekuiti berbanding pelabur institusi membeli RM86.61 juta pada tempoh yang sama.
Tambahnya, dari segi penyertaan, pelabur-pelabur runcit merekodkan penurunan 27.64% dalam nilai dagangan purata harian (ADTV) manakala pelabur asing pula susut 11.91% dan institusi tempatan 19.92%. – MalaysiaGazette