Home Nasional Keluarga Orang Asli Temuan dikuarantin terima bantuan keperluan

Keluarga Orang Asli Temuan dikuarantin terima bantuan keperluan

Sebahagian daripada ahli keluarga orang asli yang sedang dikuarantin menerima barang keperluan harian yang disumbang oleh Majlis Perwakilan Penduduk Zon Segambut di Damansara Perdana. foto AFIQ HAMBALI, 3 NOVEMBER 2020

PETALING JAYA – Seramai sembilan ahli keluarga Orang Asli dalam sebuah rumah di Desa Temuan Bukit Lanjan, yang menjalani kuarantin selepas salah seorang ahli keluarganya disahkan positif Covid-19 mendapat perhatian hari ini.

Kesemua mereka yang dikuarantin dalam keadaan memerlukam bekalan makanan, menerima sumbangan daripada Pengerusi Zon Segambut, Datuk Daniel Ling Sia Ching.

Daniel berkata, keluarga berkenaan yang sedang menjalani kuarantin selama hampir seminggu ternyata memerlukan bantuan keperluan makanan harian apabila tidak ada keluarga daripada luar yang boleh membantu.

Justeru itu Daniel terpanggil membantu keluarga berkenaan yang juga terdiri daripada kanak-kanak berusia 2 tahun.

Sebahagian daripada barang keperluan yang disumbang oleh Majlis Perwakilan Penduduk Zon Segambut kepada keluarga orang asli yang sedang dikuarantin di rumah di Damansara Perdana. foto AFIQ HAMBALI, 3 NOVEMBER 2020

“Kini semua mereka dalam kuarantin tidak boleh keluar beli makanan, jadi saya beri sumbangan semalam pun sudah ada. Yang penting adalah untuk kita beri pertolongan untuk mereka yang memerlukan, saya difahamkan mereka Orang Asli Temuan,” katanya kepada pemberita.

Daniel menyerahkan bantuan hanya dengan meletakkan barangan yang dibawanya di hadapan pagar rumah keluarga Orang Asli Temuan berkenaan kerana tidak boleh merapaati mereka bagi mematuhi Porsedur Operasi Standard (SOP).

Tiga ahli keluarga di rumah berkenaan kemudian keluar mengambil sumbangan itu dengan senyuman dan sinar di wajah kerana ada yang sudi menghulurkan bantuan.

 

Datuk Daniel Ling Sia Chin bersama Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 Segambut, Ali Jaafar berkata sesuatu kepada ahli keluarga orang asli yang sedang dikuarantin semasa membawa barang keperluan harian untuk disumbang di Damansara Perdana. foto AFIQ HAMBALI, 3 NOVEMBER 2020

Difahamkan buat masa ini, keluarga berkenaan juga tidak mempunyai sumber pendapatan kerana sebelum ini mereka bergantung dengan saudara yang kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Lelaki berusia 34 tahun yang sedang menerima rawatan itu bekerja di pasaraya di Petaling Jaya.

“Mereka dalam rumah ini keluarga yang bercampur ada dua, tiga orang beradik. Dua yang bekeluarga, sebelum ini yang bekerja yang dirawat sekarang sebab positif Covid-19,” jelasnya.

Antara barangan keperluan yang diberikan adalah satu kotak besar dipenuhi pelitup muka, beras, susu, tepung dan pelbagai lagi. Dianggarkan jumlah sumbangan RM3,000.

Khuatir keluarga berkenaan akan kelaparan, Daniel memberi jaminan akan sentiasa mengikuti perkembangan mereka dan menyumbangkan bekalan tambahan sekiranya diperlukan.-MalaysiaGazette