Home Seni Hidup Akaun kami hanya dibeku ketika disiasat SPRM

Akaun kami hanya dibeku ketika disiasat SPRM

Foto Instagram Nur Shahida.

KUALA LUMPUR – Isteri usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengakui aset-aset mereka dibekukan ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes Macau Scam sebelum ini.

Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid bagaimanapun mengesahkan aset itu telah dilepaskan dan dia kini boleh menggunakan akaun bank dan kenderaan mereka seperti biasa.

Jelas beliau, siasatan oleh SPRM itu ke atas mereka dilakukan kerana seorang Datuk yang dikaitkan dengan isu Macau Scam pernah bercuti di resort mereka dan memuat naik percutian itu di media sosial Datuk tersebut.

“Kanu disyaki dengan seorang Datuk yang ada kaitan isu Macau Scam kerana ada gambar mereka bercuti di resort saya dan dimuat naik di media sosial mereka

“SPRM telah datang rumah kami dan siasat serta ambil apa yang perlu dan Alhamdulilah selepasa siasatan kami tiada kena mengena dengan Datuk itu.

“Aset kami tidak disita dan boleh guna serta kereta juga tidak dirampas. Betul akaun kami kena beku masa siasatan tapi sekarang sudah boleh guna dan pindah duit.

“Adakah orangg yang siasatan terus terbukti bersalah? Kalau begitu tidak perlulah SPRM,” katanya di Instagram miliknya.

Sebelum ini viral sepucuk surat peguam Aliff dan Nur Shahida yang ditujukan kepada Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang memohon agar aset milik Aliff dan isterinya, Nur Shahida Mohd Rashid yang dirampas dan disita pada 1 Oktober lepas dilepaskan.

Katanya, mereka merupakan peguam yang dilantik bagi urusan-urusan hal ehwal perundangan yang berkaitan dengan pasangan terbabit yang juga jutawan kosmetik itu.

Berdasarkan maklumat dalam surat berkenaan, permohonan pelepasan aset-aset itu dibuat menurut peruntukan Seksyen 44(1) Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Akta 613).

Mengulas lanjut, Nur Shahida berkata permohonan surat pelepasan itu dibuat kerana siasatan menunjukkan mereka tiada kaitan dengan isu Macau Scam.

“Kalau masih ragu-ragu, boleh pergi dan periksa dengan SPRM. Kami memang tiada kaitan dan Alhamdulillah siasatan menunjukkan tidak akan kena mengena dengan Macau Scam.

“Terima kasih SPRM dan mereka pun layan kami dengan baik semasa siasatan. Bagi kami makan, datang umah dan kami pergi pergi pejabat mereka serta kami juga kerjasama sepenuhnya,” katanya. – MalaysiaGazette

+ posts