Home Dunia Polis Austria buru individu ada kaitan dengan pengganas

Polis Austria buru individu ada kaitan dengan pengganas

Suspek memaparkan dirinya dengan senjata di dalam media sosial sebelum kejadian melepaskan tembakan rambang di bandar Vienna, Isnin lalu. foto Agensi

VIENNA – Polis menahan 14 individu untuk siasatan selepas melakukan beberapa serbuan bagi menyiasat kes tembakan oleh seorang lelaki yang mengakibatkan empat mangsa maut di bandar ini, Isnin lalu.

Suspek berjaya ditembak mati ketika dicuba melepaskan tembakan terhadap individu yang melintasi hadapannya.

Lelaki berkenaan dikatakan berusia dalam lingkungan 20-an, telah dibebaskan dari penjara Disember tahun lalu.

Polis mendakwa lelaki berkenaan beragama Islam.

Bandar ini sedang dikawal rapi oleh polis Austria yang masih mengesan jika wujud pengganas yang lain.

Namun, pihak berkuasa percaya lelaki berkenaan bertindak seorang diri.

Empat mangsa yang ditembak mati iti merupakan sepasang warga emas, seorang lelaki muda dan pelayan wanita.

Salah seorang wanita yang maut itu adalah warga Jerman.

Menteri Dalam Negeri, Karl Nehammer memaklumkan tidak ada petunjuk bahawa penyerang kedua terlibat, walaupun ia tidak dapat disahkan.

Polis masih menilai sekitar 20,000 rakaman video telefon bimbit tentang kejadian itu.

Kumpulan IS dalam sebuah video mendakwa ia berada di belakang serangan itu, tanpa memberikan bukti.

Serangan bermula pada pukul 10 malam(19:00 GMT) pada hari Isnin, bertentangan dengan rumah ibadat di lorong pejalan kaki yang disebut Seitenstettengasse dan berlanjutan sehingga lelaki bersenjata itu mati ditembak pada pukul 10.09 malam.

Polis mengenal pasti sebanyak enam tempat kejadian di kawasan itu.

Susulan kejadian itu, Austria mengumumkan tiga hari berkabung,dengan bendera berkibar setengah tiang.
Kanak-kanak – mereka yang berada di Vienna tidak dibenarkan keluar rumah pada hari Selasa demi keselamatan mereka.

Polis berkata, 14 orang yang ditahan itu ada kaitan dengan suspek, ditahan di bandar St Polten dan Linz.

Dua daripadanya adalah warga Switzerland berusia 18 dan 24 tahun, ditangkap di Winterthur.

Sebelum ini, Nehammer berkata, suspek yang bernama Kujtim Fejzulai adalah pengganas Islam, dipenjara selaa 22 bulan pada April 2019 kerana cuba terbang ke Syria untuk menyertai IS.

Berasal dari Macedonia Utara, suspek mempunyai kewarganegaraan Austria dan Macedonia.

Dia pernah menyiarkan foto di media sosial, menunjukkan dirinya dengan senjata, sebelum serangan itu, kata menteri itu.

Polis menggeledah kediamannya dan merampas bahan video.

Selain bersenjata, suspek juga memakai tali pinggang letupan palsu, kata polis.

Nehammer mengatakan lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan dengan senapang Kalashnikov yang dipendekkan, selain memiliki parang dan pistol. – MalaysiaGazette