Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan 6,000 kes positif Covid-19 dalam tempoh seminggu akan datang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu melebihi sasaran yang dibuat oleh penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berikutan langkah kementerian memperlipatgandakan usaha di lapangan.
“Kalau universiti menjangka 5,000 dalam tempoh dua minggu, kita sasar 6,000 kes dalam tempoh seminggu,” katanya pada sidang media Covid-19 di KKM di sini hari ini.