KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah menolak cabaran Datuk Seri Najib Razak yang mahu beliau berdebat dengannya.
Menerusi Facebook, pengasas parti Pejuang itu memuat naik status dengan berkata, tiada sebab untuk beliau berdebat dengan Najib setelah segala tuduhan terhadapnya telah terbukti benar di mahkamah.
Ahli Parlimen Langkawi itu turut menyertakan bersama petikan tajuk berita sebuah laman portal yang bertajuk “Najib cabar Mahathir debat”.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut memuat naik petikan berita itu dengan menulis pada posting “No problem. Masa saya PM, dia ajak debat saya tak mahu. Masa dia PM7, saya ajak debat dia tak mahu.
Umum mengetahui, krisis menyelubungi kedua-dua bekas Perdana Menteri itu tercetus sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
Akibat persengketaan antara mereka berdua ,landskap politik negara berubah dengan Barisan Nasional (BN) yang menjadi pemerintah sejak 60 tahun lalu tumbang dan diganti dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Mei 2018.
Bagaimanapun, pentadbiran PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan sebelum beralih tangan kepada Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lalu ekoran tindakan Dr. Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Kini, Mahathir mengasaskan sebuah parti baharu bernama Pejuang yang masih lagi menunggu jawapan daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk kelulusan. – MalaysiaGazette
takut pecah tembelang la mcmna anak2 boleh jadi jutawan hartawan sekelip mata…najib pasti bongkar satu persatu….itu pasal atuk takut
J is jebaok. X habis2 busuk hati…dulu lagi TUN ajak debat Njib lari ikut pintu belakang.. Skrng acah2 hero pulak.. Kahkahkah jib jib