Home Sukan Havertz sah positif Covid-19

Havertz sah positif Covid-19

havertz-chelsea-2020_1tgg7bksd4ey31nomkqaoik3xz-640x360
Kai Havertz.

LONDON – Bintang muda Chelsea, Kai Havertz disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani proses kuarantin.

Keputusan ujian pemain tengah Jerman itu diumum selepas dia tidak disenaraikan dalam skuad Chelsea ketika menentang Rennes dalam Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

“Frank Lampard (Jurulatih Chelsea) mengesahkan Kai Havertz diuji positif Covid-19.

“Pemain itu perlu menjalani kuarantin dan tidak terlibat dalam aksi Liga Juara-Juara bertemu Rennes,” kata Chelsea dalam satu kenyataan sebelum perlawanan.

Havertz, 21, mengharungi detik sukar sejak menyertai Blues dari Bayer Leverkusen awal musim ini.

Dia hanya mampu menjaringkan satu gol dalam Liga Perdana Inggeris dan bergelut mendapatkan prestasi  terbaik selepas diturunkan di pelbagai posisi oleh  Lampard. – MalaysiaGazette

d81cd2e044ebe85cec7af5c348a24d31?s=150&d=mp&r=g
+ posts