Home Pendapat Merenjis di ambang Covid

Merenjis di ambang Covid

Gambar Hiasan. foto MOHD ADZLAN, 25 JUN 2020.

Oleh MEGAT SYAZLEE MOKHTAROM 

Di balik ambang PKP dan PKPB ini, perkataan Norma Baharu sering belegar-legardan menyinggah di bibir-bibir masyakat kita yang sering menzahirkan kerisauan. Setiap petang laporan angka-angka jangkitan dinantikan dengan harapan dan doadoa kecil dalam usaha membendung kegelisahan. Virus Covid-19 ini bagai ombak yang membadai setiap aspek kehidupan dan setiap lapisan darikayanganmahupunkebanyakan. Semuanya memerah otak dan membanting tenaga agar tidak lemas dek kerana gelombak wabak pandemik ini.

Memandangkan jelas khabar bijak pandai perubatan seantero menyatakan kebiasaan ini akan bertahan sehingga vaksin ditemui, mungkin ada perlunya untuk merenungkan bagaimana Covid-19 dapat mengubah hidup kita dengan cara yang lebih mendalam. Baru-baru ini penulis tertarik dengan berita mengenai industri perkahwinan yang terjejas teruk berikutan keputusan Kerajaan melaksanakan perintah kawalanpergerakan bersyarat (PKPB).

Industi tersebut, tercungap-cungap mengah dalam usahanya mengadaptasi keadaan ini. Kebanyakan bakal pengantin membuat keputusan untuk menangguhkan majlis-majlis mereka dan ada yang terus tidak membuat apa-apa majlis. Dijangkakan hampir 50 % daripada pengusaha majlis perkahwinan akan gulung tikar bermula tahun depan, memandangkan kebanyakan mereka sudah tidak mampu lagi bertahan dalam perniagaan.

Industri perkahwinan di Malaysia yang bernilai RM7 Billion setahun ini turut menjadi punca pendapatan bagi pelbagai pedagang mikro antaranya, jurugambar, studio gambar, jurusolek, khidmat katering dan kedai kek perkahwinan selain pereka fesyenyang akan turut gayat meniti cabaran pandemik ini. Kebanyakan pengusaha mikro initidak mempunyai kemampanan fiskal yang berdaya tinggi. Sebulan tanpa pendapatan sudah cukup untuk mengakibatkan pengusaha ini tutup kedai.

Baru-baru ini, pengusaha dan perunding majlis perkahwinan disaran menyediakan cadangan prosedur operasi standard (SOP) untuk dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail SabriYaakob, berkata ia bagi membolehkan cadangan SOP berkenaan dibincangkan bersama MKN, Kementerian Kesihatan (KKM) dan wakil industri berkenaan.

Bagi perkahwinan, ia mula dibenarkan dengan nikah dalam talian dan kemudian secara bersemuka dengan had maksimum 20 tetamu. Ia semakin longgar dan saya percaya mungkin jumlah (tetamu) lebih besar akan diberi dari semasa ke semasa.”

Setakat 10 Oktober 2020, kerajaan membenarkan Majlis Perkahwinan dengan tetamu tidak lebih 250 orang.

Walaupun biasanya kita benarkan 500-600 (tetamu) berdasarkan tempat, hari ini kita tetapkan maksimum 250 orang sahaja dan mesti maklumkan kepada polis.

“Polis perlu dimaklumkan agar boleh membuat rondaan (bagi memastikan SOP dipatuhi).

Walaupun langkah kerajaan untuk melonggarkan dasar larangan pergerakan memberi sedikit kelegaan kepada pengusaha perkahwinan, masyarakat pada umumnya masifobia untuk menghadiri majlis-majlis keramaian. Insiden 47 orang petugas KKM yang dijangkiti oleh wabak Covid-19 selepas menghadiri majlis perkahwinan masih lagi segar dalam ingatan masyarakat. Ramai masih menganggap majlis perkahwinan sebagai tempat yang memungkinkan “Super Spreader” wabak ini.

Cubit peha kiri, peha kanan terasa juga. Bakal pengantin turut terkena tempias gelombang wabak Covid-19 ini. Bukan sahaja mereka terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan mereka, Ada di antara mereka turut mengalami kerugian apabila wang deposit bagi majlis perkahwinan mereka tidak dipulangkan dan dianggap hangus.

Undang-undang baru akan diperkenalkan untuk menangani pengusaha perniagaanyang enggan membayar balik pelanggan mereka setelah pembatalan acara seperti perkahwinan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Rang Undang-Undang ini diharapkan tidak hanya meliputi MCO tetapi juga perintah kawalan lain seperti peningkatan, bersyarat dan pemulihan.

Namun benarlah pepatah Cinta Mampu Menakluki Segalanya.” Perkahwinanmaya kini muncul sebagai pilihan alternatif. Majlis akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Selangor kini dibenarkan melalui sidang video dengan mengikut syarat yang diluluskan khas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu ketetapan itu diberikan bersyarat di mana bakal pengantin harus mendapatkan kelulusan khas jabatan itu. Menurutnya, satu tatacara terperinci serta ketetapan baharuyang strategik telah disediakan bagi memastikan pelaksanaan majlis tersebut menepati hukum, dilaksanakan dengan piawai yang wajar, mudah difahami dan diikuti oleh pasangan terbabit berikutan kaedahnya yang lain daripada kebiasaan.

Pada 18 April, pasangan Muhammad Don Haadi Don Putra dan Nahdatul AishahMohd Sharif dilaporkan sebagai pasangan pertama yang menjalani majlis akad nikah. Dilaporkan juga bahawa pengantin baru duduk di depan skrin televisyen, melihat gambar masing-masing melalui aplikasi persidangan video. Acara bersejarah itu juga disiarkan melalui Facebook Live.

Pengusaha yang berinovatif turut mengambil peluang untuk mengisi peluang emas ini.Syarikat-syarikat seperti Virtualwedding.my dan Nikahsatu.com menawarkan pakej-pakej perkahwinan yang inklusif buat bakal pengantin yang berkeinginan untuk melakukan perkahwinan di alam maya.

Persoalan sama ada perkahwinan alam maya ini akan menggantikan tradisi perkahwinan di Malaysia adalah mustahil untuk kita jangkakan.  

Pada kebiasaannya, rata-rata sambutan perkahwinan di Malaysia boleh mencecah puluhan ribuan ringgit yang melibatkan pelbagai pemberian tidak wajib seperti belanja hangus, wang dan hadiah hantaran serta majlis bersanding yang mewah.

Fenomena belanja kahwin yang semakin tinggi boleh memberi pelbagai implikasi negatif kepada masyarakat, khususnya kepada pasangan yang mendirikan rumahtangga. Antara isu yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah isu bebanan hutang yang perlu ditanggung oleh pasangan yang baharu berkahwin.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit(AKPK) Koid Swee Lian, antara punca utama mereka yang terperangkap di dalambelenggu hutang adalah melibatkan pinjaman bagi menguruskan perbelanjaan perkahwinan yang berlebihan.

Manakala bagi majlis perkahwinan di dalam talian, Pasangan pengantin secara amnya dapat mengurangkan perbelanjaan, kerana rakan-rakan dan sanak saudara dapat mengunjungi majlis tersebut melalui majlis facebook maka tidak perlu dewan majlisyang luas atau pun menyediakan makanan bagi bilangan pengunjung yang ramai.

Setiap ujian ada hikmahnya, mungkin di balik cabaran pasca-covid yang sudah tentu membawa kesan, baik dari segi kewangan mahupun kehidupan harian. Mungkin ini merupakan peluang bagi pasangan muda menilai semula dan membuat pilihan meninggalkan amalan majlis perkahwinan besar-besaran yang cenderung kepada pembaziran?

 

Megat Syazlee, peguam di Kuala Lumpur.