TERKINI : KKM Umum 5 Lagi Kluster Baharu Covid-19 Dikesan – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan lima lagi kluster baharu Covid-19 hari ini.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan apabila memberitahu, lima kluster baharu itu ialah Kluster Sutera, Kluster Ria-30, Kluster Tamar, Kluster Intan dan Kluster Danau.