TERKINI : Malaysia Masih Kekal 4 Angka Untuk 3 Hari Berturut-turut

Kes positif baharu Covid-19 terus mencecah empat angka untuk tiga hari berturut-turut dengan hari ini mencatatkan sebanyak 1,009 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan kes baharu itu ia menjadikan jumlah kes positif sebanyak 36,434 kes.

Katanya, daripada 1,009 kes baharu pada hari ini, terdapat sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara melibatkan empat warganegara dan lima bukan warganegara yang tiba dari negara India, Kazakhstan, Indonesia, Korea Selatan, Nigeria, Afrika Selatan, Mexico dan Kemboja.