Home Nasional Belanjawan 2021: Pelepasan cukai perbelanjaan rawatan perubatan diperluas

Belanjawan 2021: Pelepasan cukai perbelanjaan rawatan perubatan diperluas

Jururawat mengikuti pembentangan Belanjawan 2021 yang disampaikan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Azizi menerusi telefon pintar ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 6 NOVEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju meluaskan skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan meliputi perbelanjaan vaksinasi seperti pneumokokal, influenza dan Covid-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pelepasan cukai itu diberi ke atas perbelanjaan vaksinasi bagi diri sendiri, pasangan dan anak-anak terhad kepada RM1,000.

“Had pelepasan cukai bagi skop perbelanjaan pemeriksaan kesihatan penuh dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000.

“Sebagai tambahan, had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan bagi rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa juga dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM8,000,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini. – MalaysiaGazette