Saturday, September 28, 2024
Home Uncategorized Elaun guru takmir naik RM900, imam, bilal, siak dapat RM500

Elaun guru takmir naik RM900, imam, bilal, siak dapat RM500

Seramai 4,000 guru takmir yang merupakan antara penggerak komuniti peringkat kariah akan menenerima kadar elaun daripada RM800 kepada RM900 sebulan.- Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR – Seramai 4,000 guru takmir yang merupakan antara penggerak komuniti peringkat kariah akan menenerima kadar elaun daripada RM800 kepada RM900 sebulan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, sebagai tambahan, pemberian Bayaran Khas one-off sebanyak RM500 turut diberikan kepada para imam, bilal, siak, noja, merbut, guru takmir, dan guru KAFA.
“Pemberian bantuan khas ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 70,000 orang,” ujarnya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini. – MalaysiaGazette