Home Sukan Harry Kane jaring gol ke-200

Harry Kane jaring gol ke-200

Harry Kane (depan).

LONDON – Penyerang sensasi Harry Kane meraikan penampilan ke-300 bersama Tottenham Hotspur dengan gol ke-200 menerusi kemenangan dominan 3-1 ke atas Ludogorets dalam saingan Piala Europa di Bulgaria awal pagi tad.

Pemain antarabangsa England itu kini berada dalam sejarah Spurs dan dilihat bakal mengatasi rekod jaringan legenda Jimmy Greaves dan Bobby Smith.
Kane menjaringkan dua gol bermula pada perlawanan pagi tadi walaupun pengurus, Jose Mourinho mengeluarkannyapada separuh masa kedua dan memasukkan penyerang pinjaman dari Benfica, Carlos Vinicius.

Kane kini mengejar kehebatan Greaves selepas meledak 200 gol dalam 300 perlawanan, 101 daripadanya datang dalam 135 perlawanan terkini dan 100 daripadanya di tempat lawan.

Pencapaian pemain berusia 27 tahun itu sebagai penjaring gol terbanyak akan kekal dalam memori penyokong Spurs sebagai pemain terbaik pernah kelab mereka hasilkan.

Rekod seterusnya yang akan menjadi buruan Kane adalah rekod Bobby Smith, yang menjaringkan 208 gol antara tahun 1955 hingga 1964 dan rekod Greaves yang mencetak 266 gol untuk Spurs. – MalaysiaGazete