Home Nasional LRA Sg Labu, Salak Tinggi mungkin dihenti tugas

LRA Sg Labu, Salak Tinggi mungkin dihenti tugas

Sebuah lori membawa muatan minyak sawit terlibat dalam dalam satu kemalangan mengakibatkan pencemaran sungai.

KUALA LUMPUR – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memberi bayangan Loji Rawatan Air (LRA) Sg Labu dan LRA Salak Tinggi di Sepang mungkin terpaksa dihenti tugas selepas pihaknya mengesan tumpahan minyak sawit.

Menurut LUAS, ia susulan kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori muatan minyak sawit pada pukul 7.40 pagi tadi di KM276.1 arah utara di Sepang, Selangor.

“Maklumat awal yang diperoleh menunjukkan bahan cemar akan memasuki Sungai Jerangkang seterusnya ke Sungai Batang Labu. Jarak dari punca pencemaran ke LRA Sungai Labu dalam anggaran 10.7km dan LRA Salak Tinggi 15.68km.

“LUAS dan agensi-agensi berkaitan sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera,” ciap LUAS dalam Twitter rasminya, hari ini. – MalaysiaGazette