Home Belanjawan 2021 Program pembangunan sukan berprestasi terima RM55 juta, e-Sukan RM15 juta

Program pembangunan sukan berprestasi terima RM55 juta, e-Sukan RM15 juta

Pemain-pemain Malaysia berterima kasih dengan sebahagian penyokong Malaysia sambil mengelilingi padang stadium selepas tewas kepada Ireland 3-0 pada Perlawanan Akhir Liga Hoki Wanita Dunia pusingan 2 di Stadium Hoki Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 22 JANUARI 2017

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2021 komited membantu program pembangunan sukan berprestasi tinggi apabila kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM55 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu meliputi pembangunan bagi sukan hoki, ragbi, badminton, berbasikal dan pembangunan atlet wanita.

“Kerajaan juga akan menyediakan RM103 juta untuk membina, menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan seluruh negara,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, bagi pengusaha industri sukan pula, sebanyak RM20 juta disediakan sebagai pinjaman mudah di bawah skim Tekun Sukan untuk memastikan kelangsungan operator fasiliti sukan. – MalaysiaGazette