KUALA LUMPUR – Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) diperuntukkan sebanyak RM15 juta ringgit disediakan buat industri seni budaya tanah air.
Ia diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam.
Tengku Zafrul berkata, kerajaan mendengar keluhan penggiat seni termasuk pekerja belakang tabir.
“Sebanyak RM15 juta diperuntukkan kepada Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya atau Cendana untuk melaksanakan pelbagai program kesenian dan kebudayaan yang bakal memanfaatkan lebih 5,000 penggiat seni dan petugas belakang tabir,” katanya.- MalaysiaGazette