Home Dunia ICAO gesa Iran segera selesaikan siasatan tragedi pesawat Ukraine

ICAO gesa Iran segera selesaikan siasatan tragedi pesawat Ukraine

Keadaan di lokasi pesawat Ukraine terhempas d Tehran yang mengorbankan 176 orang penumpang pada 8 Januari 2020. foto Agensi

NEW YORK – Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa menggesa Iran untuk mempercepat siasatan pesawat Ukraine yang ditembak jatuh pada bulan Januari lalu.

Bagaimanapun, Iran memaklumkan laporan akhir nahas itu akan dikemukakan dalam waktu dekat ini.

Gesaan itu dibuat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang dianggotai 36 negara itu setelah hampir 10 bulan kejadian Ukraine International Airlines ditembak jatuh oleh peluru berpandu Iran.

Tragedi itu mengorbankan 176 orang.

“Kami telah melakukan beberapa pertukaran dengan agensi penerbangan awam (CAA) Iran, yang mana kami mendesak pihak terlibat untuk mempercepat siasatan kemalangan,” kata presidennya, Salvatore Sciacchitano, menurut ICAO.

Wakil Iran untuk ICAO, bagaimanapun, memaklumkan beliau telah membuat laporan penuh kepada panel itu mengenai kemajuan siasatan.

Draf laporan akhir telah selesai dan sedang diterjemahkan, kata Farhad Parvaresh kepada Reuters.

Ia akan dihantar kepada negara-negara peserta dalam beberapa minggu lagi sambil menambah Iran mematuhi peraturan antarabangsa mengenai siasatan udara yang dikenali sebagai Annex 13.

Peraturan tersebut merangkumi cadangan agar laporan akhir diserahkan dalam 12 bulan, yang dalam kes ini berlangsung hingga awal Januari, walaupun banyak siasatan berprofil tinggi memerlukan waktu lebih lama.

Walaupun tarikh akhir belum sampai tempoh, beberapa negera termasuk Kanada yang mendakwa siasatan tersebut tidak telus.

Pengawal Revolusi Iran memberitahu, tenteranya secara tidak sengaja menembak jatuh pesawat Ukraine PS752 pada 8 Januari lalu kerana menyangkakan pesawt itu adalah peluru berpandu.

Kejadian tersebut berlaku semasa ketegangan hubungan antara Iran dan Amerika Syarikat.

Sebilangan besar daripada 176 mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu adalah warga Kanada. – MalaysiaGazette