Home Politik Kenapa JASA ‘dihidupkan’ semula? – Foong Hin

Kenapa JASA ‘dihidupkan’ semula? – Foong Hin

Chan Foong Hin

KUALA LUMPUR – Kenapa Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mendapat peruntukan besar dalam Belanjawan 2021 sedangkan ia sepatutnya belanjawan perpaduan seperti titah Yang Dipertuan Agong (YDPA).

“Namun JASA, agensi propaganda parti pemerintah yang sering menyerang parti pembangkang bukan sahaja dihidupkan semula malah peruntukan dilipat gandakan lagi,” katanya Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin dalam satu kenyataan hari ini.

Foong Hin berkata, pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), JASA hanya mendapat peruntukan sebanyak RM30 juta diperuntukkan pada tahun 2018.

“Pada zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) ia dimansuhkan demi mewujudkan suasana politik matang namun JASA versi Perikatan Nasional (PN) diberi peruntukan sebanyak RM85.5 juta pada 2021.

“Bagaimana kita boleh menyokong belanjawan yang menyerang pembangkang secara habis-habisan?” soalnya.

Jelas beliau, perkara itu seperti membelakangi semangat persefahaman antara dua pihak atau bipartisanship.

“Ia membelakangi hasrat rakyat dan YDPA yang menyeru mengenepikan perbezaan dan kepentingan parti atau peribadi demi kelangsungan negara di saat genting wabak Covid-19.

“YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menzahirkan harapan kematangan berpolitik disemarakkan demi keselamatan dan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara yang amat terkesan akibat bencana wabak koronavirus (Covid-19),” katanya.

Belanjawan 2021 sepatutnya mengutamakan perpaduan merentasi sempadan politik, katanya.- MalaysiaGazette

+ posts