Home Seni Hidup Pentingnya stem sel untuk kesihatan

Pentingnya stem sel untuk kesihatan

Sel stem perlu dirangsang kerana menjadi kunci kepada pemulihan sebarang kemerosotan kesihatan seseorang.

KUALA LUMPUR –  Totalife (M) Sdn. Bhd  terus menjadi perintis pengeluar produk kesihatan di negara ini apabila menghasilkan produk yang merangsang sel stem manusia di pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Danny Chew berkata, produk baharu itu diperkenalkan kerana pihaknya menyedari kepentingan sel stem yang merupakan sel induk dalam tubuh manusia.

Jelas beliau, sumber sel stem terbesar adalah dari sum-sum tulang dan ia akan bergerak ke seluruh tubuh untuk menggantikan apa saja sel, tisu atau organ yang rosak.

“Oleh itu jelasnya, sel stem menjadi kunci kepada pemulihan sebarang kemerosotan kesihatan seseorang.

“Penghasilan sel stem oleh sum-sum tulang semakin menurun selepas usia 30 tahun menyebabkan individu terdedah kepada pelbagai penyakit.

“Ini kerana ciri utama sel stem itu berkeupayaan untuk memperbaharui diri individu dan berkembang menjadi sel lain sekali gus menggantikan sel yang musnah dan rosak setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Danny menambah, pihaknya telah memperkenalkan Solus yang merupakan campuran minuman yang dirumuskan untuk membantu meningkatkan pengeluaran sel stem oleh sum-sum tulang.

“Pemulihan sel yang merosot dan rosak dilakukan oleh sel stem dan jika kadar kemerosotan lebih cepat daripada kadar pemulihan, seseorang dianggap mengalami keadaan tidak sihat.

“Namun, jika kadar keupayaan sistem kesihatan seseorang untuk membina semula sel lebih cepat daripada kemerosotan, dia akan mengalami keadaan sihat.

“Setiap hari sel kita yang mati akan segera diganti oleh sel stem. Proses pemulihan tubuh manusia ini adalah unik kerana ia menggalakkan pembinaan semula sel, tisu dan organ secara semula jadi,” katanya.

Danny memberitahu Solus dapat membantu mengembalikan keremajaan dan meningkat kebolehan membaik pulih sistem badan.

Jelasnya, produk yang berada di pasaran sejak memiliki ciri anti-keradangan dan anti-penuaan antioksidan yang kuat.

“Solus juga dapat membantu meningkatkan kesuburan dan kesimbangan hormon dan meningkatkan kesihatan tubuh.

“Antara kandungan adalah minyak zaitun, ekstrak roseelle, eksktrak kunyit, maca, ekstarak kacang pelbagai, vitamin dan mineral

“Pengguna boleh mengamalakn satu atau dua botol setiap pagi sebelum sarapan dan kesan boleh dilihat tidak sebulan apabila terdapat testimonial pesakit strok yang dapat berjalan semula,” katanya. – MalaysiaGazette