Sebanyak 1,168 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kesemuanya kini sebanyak 39,357 kes dengan kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 11,666 kes.
Sabah mencatatkan sebanyak 616 kes atau 52.7 peratus daripada keseluruhan kes positif manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 275 kes atau 23.5 peratus.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan mencatatkan sebanyak 104 kes positif (8.9 peratus) pada hari ini.