Home Politik Bajet ini perlu ditolak, kata Khalid Samad

Bajet ini perlu ditolak, kata Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Belanjawan 2021 perlu ditolak kerana dakwa beliau kerajaan Perikatan Nasional telah mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong dengan tidak menghasilkan bajet yang boleh disokong semua.

Dalam ciapan di laman Twitter, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu juga mendakwa tema prihatin dan inklusif yang sering dilaungkan Perikatan Nasional hanyalah prihatin terhadap kepentingna politik mereka.

Khalid merujuk kepada ciapan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali iaitu: “Alhamdulillah julung kalinya Kerajaan Perikatan Nasional membentangkan Belanjawan 2021; yang prihatin, inklusif dan bertanggungjawab.”

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah turut mendakwa belanjawan yang dibentangkan memecah-belahkan kaum dan tidak bertanggungjawab.

“Lawak betul orang ni. Prihatin terhadap kepentingan politik mereka jer kut? Inklusif? Hahaha… pecah belah antara kaum adalah. Bertanggung jawab jauh sekali!

“Bajet ini perlu ditolak. Kerajaan PN telah ingkar titah Agong kerana tidak menghasilkan bajet yang boleh disokong semua,” katanya.

Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 dengan tema Teguh Kita, Menang Bersama di Dewan Rakyat.

Pra-pembentangan Belanjawan yang ditunggu-tunggu itu menyaksikan kerajaan Perikatan Nasional mengadakan konsultasi dengan pelbagai pihak termasuk pembangkang yang diwakili Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Saifuddin Nasution. – MalaysiaGazette

13 Komen

  1. bila agong suruh sokong dia ambil kesempatan lah. ada jasa tak berjasa lagi. mayat umno yang ph bunuh dulu pun dia masuk nyawa balik. ini lah kuda perang pn nak berkuasa pada pru15 nanti.

  2. 6 cadangan PH macamana ?
    6 cadangan UMNO pula macammana ?
    Diantaranya moratorium & pengeluaran caruman KWSP.
    Jika cadangan ini diterima barulah ph memikirkan utk memberikan sokongan.

  3. masa P akatan H ancing 22 bulan potong pelbagai peruntukan rakyat spt elaun khas nelayan penoreh nelayan ibu tunggal diiyiden th brim sekat gaji penjawat awam kecilkan penjawat awam dan ingin hapuskan pencen pa JUAL ASET dgn alasan tiada duit dn kerajaan BANGKRAP…MALAUN KHALID dan sekutunya membisu dan cucuk hidung…tahniah rakyat BERPUTIH MATA kerana kami telah KHIANAT MANDAT DAN MENGENCING MANFESTO PRU 14 …kerana ia BUKAN KITAB SUCI

  4. Bila masa PHaruupun ada peruntukan untuk rakyat…. 30hinggit saja… Tauke2 DApigs yg berguling-guling menang besar…. Pasal korang bangang lah semua kena tipu dengan lim gu ling….

  5. Betul tu patut boikot budget meh…. Tauke-tauke tak dapat untung meh!!!! Macamana mahu kasi sponsor tauke punya parti meh… DAP lagi… AMANAH lagi… Haiyo.. Susah meh

  6. Aku org politik, kerja Aku adalah politik, segalanya politik, jika lawan Aku cakap Aku mesti lawan,Tak Kira apa isu pun,janji lawan, sebab Aku org politik..hiiii

  7. Kalau dah tak sokong, lebih baik adakan PRU. MOF jumpa Mat Sabu, LGE, Saifudin dan Sadiq buat apa, bicang belajawan ke minum teh tarik aje.

Comments are closed.