KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal-awal lagi sudah memberi bayangan Belanjawan 2021 yang telah dibenatngkan Jumaat lepas tidak akan mendapat sokongan majoriti di Parlimen.
Beliau beberapa kali menyifatkan bajet itu mengelirukan dan terpesong dan penuh dengan tanda tanya malah mendakwa rakyat terus terpinggir dari pelbagai aspek.
Malah beliau berkata, banyak juga pandangan yang menjurus kepada kepentingan rakyat sebenarnya tidak diendahkan sebaliknya ada juga perbelanjaan yang tidak begitu terdesak diberikan keutamaan.
Antaranya termasuklah peruntukan untuk mencegah penularan Covid-19 serta dana untuk warga barisan hadapan sebenarnya tidak mencukupi.
“Ini belanjawan yang sungguh misleading. Perlu ada ketelusan. Bagi saya, ini adalah belanjawan cukup mengelirukan sebenarnya dengan angka-angka yang diumumkan itu.
“Peruntukan untuk Covid-19 sebenarnya jumlah kecil dari jumlah keseluruhan. Saya tidak faham langsung mana boleh peruntukan Kementerian Kesihatan ‘disorok’ bawah peruntukan pembangunan dalam Belanjawan 2021?
“Bukankah peruntukan ini harus diberikan penjelasan sebab utamanya mungkin hendak tunjukkan tidak ada defisit bertambah,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Presiden PKR itu membuat jangkaan tidak mungkin sokongan majoriti dapat diperoleh bagi Belanjawan 2021 yang padanya tidak banyak menyelesaikan penderitaan rakyat ketika pandemik.
“Pastinya Belanjawan ini akan mendapat sokongan penuh dalam Dewan Rakyat sekiranya pindaan dibuat demi kebajikan dan kepentingan rakyat. Anda perlu tahu, tidak ada andaian mudah dalam perkara ini.
“Kerajaan, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri tahu belum ada kepastian belanjawan dalam bentuk sekarang kalau tidak dipinda untuk membela nasib rakyat seperti yang kita tuntut. Belum tentu dan pasti kita luluskan bajet ini dengan mudah.
“Saya usulkan Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz) benar benar teliti, dengar hujah, supaya hal Covid-19 diberi keutamaan. Kita (pembangkang) diberitahu, digesa, dinasihat supaya sokong Belanjawan Covid-19 dan kita hanya akan sokong Belanjawan Covid-19…bukan yang lain,” katanya.
Dalam satu celahan mengenai peruntukan besar dalam Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Anwar mahu Menteri Kewangan membatalkannya kerana Tengku Zafrul didakwanya ‘terperangkap’ dengan orang politik.- MalaysiaGazette
Aku dah agak dah mesti nuar cakap macam tu, bilo guang eng bagi 30 ringgit Tak Pulak Kau komplen,, semua Tak betul sebab musuh kau yg bentang, kalau geng kau lain Pulak citernya..ah politik semakin mem boringkan..hiii
X yh sokong.. Biar yiddin terciduk