Home Nasional Orang ramai layak terima BPN 2.0 boleh mohon sebelum 15 Nov –...

Orang ramai layak terima BPN 2.0 boleh mohon sebelum 15 Nov – LHDN

Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan orang ramai agar membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 segera selewat-lewatnya pada 15 November ini.

Ini khususnya bagi yang bukan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 sebelum ini dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Menerusi satu kenyataan LHDN berkata, permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://bpn.hasil.gov.my/ atau melalui penghantaran borang manual ke pejabat LHDN berdekatan.

Untuk rekod, seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini, BPN 2.0 merupakan kerangka Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau KITA PRIHATIN bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan
wabak Covid-19.

Bagi permohonan baharu yang lulus, pembayaran akan dibuat pada bulan Januari 2021.

Untuk maklumat lanjut LHDN menyeru orang ramai melayari BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ untuk muat turun syarat-syarat permohonan dan Soalan Lazim (FAQ) berkaitan bantuan ini.

Setakat 26 Oktober 2020, sejumlah RM3.6 bilion telah disalurkan kepada lebih 7.32 juta penerima BPN 2.0.

Ia merangkumi 6.27 juta penerima daripada kategori B40 dan 1.05 juta penerima daripada kategori M40.-MalaysiaGazette