PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara mulai 9 November hingga 6 Disember kecuali di Perlis, Pahang, Kelantan dan Sarawak (kecuali Kuching) mula meresahkan rakyat. Ramai yang panik dan terkejut apabila
PKPB yang selama ini hanya dilaksanakan di beberapa buah negeri secara terpilih seperti Sabah dan Selangor secara tiba-tiba dikuatkuasakan hampir di seluruh negara.
Walaupun PKPB diberikan banyak kelonggaran berbanding pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini termasuk membenarkan hampir semua sektor ekonomi dan sosial beroperasi seperti biasa namun kesan PKPB ini dalam kehidupan
seharian rakyat dilihat masih besar sekali gus mencetuskan kegelisahan dalam kalangan rakyat.
Antara kegelisahan utama sekarang ialah, PKPB dikhuatiri boleh menutup terus “periuk nasi” sekelompok besar masyarakat kita seperti pekerja swasta dan yang bekerja sendiri. Pada ketika ini pastinya para majikan sudah mula bercongak-congak untuk mengurangkan kos operasi dan kerugian perniagaan dengan sama ada mengurangkan jumlah pekerja atau melaksanakan pemotongan gaji. Para peniaga baik di pusat membeli belah atau di tepi jalan juga gelisah kerana pelanggan semakin berkurangan. Pengusaha hotel dan pekerja industri pelancongan seperti di
Melaka dan Langkawi juga gelisah kerana sudah tentu segala tempahan akan dibatalkan. Pengusaha pengangkutan awam seperti perkhidmatan bas ekspres juga hampir lumpuh kerana tiada pergerakan rentas negeri.
Penutupan sekolah pula bakal beri kesan langsung kepada pengusaha dan pekerja kantin serta pengusaha bas dan van sekolah yang pastinya akan hilang pendapatan secara total, dan ramai lagi dari pelbagai sektor seperti pembangunan, ekonomi, perkhidmatan dan pendidikan akan tergugat punca pendapatan mereka.
Rakyat juga gelisah keadaan kesukaran untuk memperoleh pekerjaan akan berterusan malah boleh dikatakan akan bertambah parah ketika PKPB ini. Ironinya ramai yang hilang pekerjaan ketika pelaksanaan PKP tempoh hari dan sedang
bergelut untuk mencari kerja baharu, tetapi pelaksanaan PKPB secara mengejut ini sudah pasti akan menutup terus peluang mereka kerana mana mungkin majikan berani mengambil risiko untuk membuka jawatan baru dalam situasi genting seperti
ini. Ini sekali gus turut akan mengancam peluang para graduan baharu.
Rakyat juga gelisah dengan situasi kos sara hidup semakin meningkat tetapi rakyat tiada aliran tunai yang secukupnya untuk menampung perbelanjaan harian seisi keluarga. Percayalah ramai dari kalangan anggota masyarakat berpendapatan rendah (B40) sedang bergelut untuk membeli makanan atau barangan dapur kerana tidak ada punca pendapatan serta langsung tidak ada simpanan untuk kegunaan waktu kecemasan seperti ini. Hal ini kerana hidup mereka selama ini umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Jadi apa nasib mereka sepanjang
PKPB ini?
Penutupan sekolah sehingga habis sesi persekolah tahun ini juga turut mencetuskan kegelisahan dalam kalangan anggota masyarakat yang risau memikirkan masa depan pendidikan anak-anak. Walaupun pihak kementerian akan meneruskan home based learning seperti pebelajaran dalam talian, tetapi secara jujurnya keberkesaan kaedah pembelajaran ini tetap terus diragui. Ini ditambah pula masalah ketiadaan peranti
yang bersesuaian serta kemudahan internet terutamanya dalam kalangan anak-anak B40. Bagaimana anak-anak B40 ini boleh belajar dalam situasi ibu bapa tidak mampu menyediakan kemudahan yang diperlukan? Sudah tentu mereka akan terus
ketinggalan.
Pelaksanaan PKPB ini juga memberi gambaran bahawa ancaman wabak Covid-19 ini semakin serius di seluruh negara. Hal ini juga terbukti dengan trend kes yang turun naik termasuk bilangan kes kematian yang turut mencemaskan rakyat. Ternyata belum ada sebarang tanda ancaman wabak ini akan berakhir dalam masa terdekat termasuk kita tidak pasti bila akan memperoleh vaksin untuk virus ini. Rakyat semakin gusar dan takut memikirkan tahap keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga. Ancaman kepada kesihatan dan keselamatan ini terus mencetuskan kegelisahan dalam kalangan rakyat.
Kita sedar kerajaan mungkin tiada pilihan dan terpaksa melaksanakan PKPB ini demi melindungi rakyat. Kita juga akui kerajaan cuba membantu golongan yang terkesan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif dan bantuan. Namun hakikatnya kesan PKP dan PKPB ini ternyata cukup dahsyat jauh menjangkaui daya pemikiran kita di mana kehidupan semua lapisan rakyat terjejas teruk secara total. Tuntasnya, virus ini dengan PKP dan PKPB telah mengubah cara hidup kita secara keseluruhannya.
Justeru kita berharap pihak kerajaan akan terus berikhtiar untuk membantu rakyat yang semakin gelisah memikirkan nasib dan kelangsungan hidup untuk hari-hari yang akan datang.
Penulis adalah penganalisis isu-isu semasa
Penulis terlalu bergantung kpd kerajaan utk ikhtiar. Sedangkan kita sendiri tak mahu berubah. SOP tak nak patuhi, bershopping mcm duit berkapok kapok. Bila nak pakat pakat muhasabah diri?
Memadailah tiru jalur gemilang US. Takkan nak tiru US dan Singapore buat PRU masa crisis Covid-19.
Gelisah laa sbb harapan kleuarkan epf dinafikan oleh kera jaan…so sad… Perihatin kat mana
Nak simpati atau tidak? Kadang2 golongan peniaga2 yang ditatang2 inilah lah yang paling kuat/tegar menyokong Pakatan Hancing/DAP dalam PRU lepas?