MARANG – Suspek yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh Siti Nur Surya Ismail disambung reman selama tujuh hari bermula esok.
Majisret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan permohonan polis itu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan ke atas pelajar tingkatan enam yang berusia 19 tahun itu.
Suspek yang merupakan rakan sekolah mangsa sehingga tingkatan lima, akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek telah ditahan di Balai Polis Telemong pada pukul 8.15 pagi, 2 Nov lepas ketika tampil bersama ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian 1 Nov, Siti Nur Surya, 19, yang menjaga ibunya yang terlantar akibat sakit kanser otak tahap tiga, ditemukan dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Telemong.
— BERNAMA
Her best friend is also her worst enemy. Siapa nak dia buat bini?