KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun pelik apabila keputusan membenarkan 80 Ahli Parlimen memasuki dewan pada satu-satu masa bermula dengan waktu persidangan dipendekkan dari 10 pagi hingga 2 petang bermula hari ini tiba-tiba menjadi isu besar.
Padahal jelas beliau, sebelum ini kehadiran Ahli Parlimen sebelum ini hanya sekitar 100 hingga 120 orang pada satu-satu masa dan tidak semua mereka yang hadir ke Dewan Rakyat.
Malah jelas beliau, 120 Ahli Parlimen yang hadir pula tidak berada sepanjang dari pukul 10 pagi dan 5.30 petang dan sebaliknya mereka lebih gemar keluar masuk ke dalam dewan itu.
“Padahal kalau kita tengok pun pada hari persidangan bukan semuanya 222 Ahli Parlimen pun ada dalam Dewan pun. Yang datang pun sehari adalah 100 hingga 120 orang.
“Dan yang datang sebelum ini bukan ada dalam Dewan dari pukul 10 hingga 5.30 petang dan mereka keluar masuk.
“Padahal pada pukul 2.30 petang kadang-kadang nak dapat korum pun tiada. Jadi bila kita buat konsesus 80 orang ini, tiba-tiba perkara ini menjadi besar. Kenapa? Ini kita sudah buang masa enam minit sebab argue isu ini.
“Marilah kita sama balas budi frontliners, Tan Sri Dr Noor Hisham (Ketua Pengarah Kesihatan) bertungkus-lumus sejak tujuh bulan untuk kawal pandemik Covid-19,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjelaskan pertanyaan Hassan Abdul Karim (PH-PKR Pasir Gudang) yang mempersoalkan keputusan hanya 80 Ahli Parlimen sahaja dibenarkan memasuki sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 pada satu-satu masa.
Langkah tersebut sebelum ini diambil sebagai usaha untuk mencegah penularan pandemik Covid-19.
Azhar menambah, jika dirujuk kepada Artikel 96 dan 97, tiada ada pun peruntukan mengatakan Ahli Parlimen perlu berada sepanjang masa dalam dewan.
Jadi soal beliau, di manakah terdapat dalam Perlembagaan, Speaker perlu mendengar perdebatan seramai 222 Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat.
“Korumnya adalah 26 orang ikut peraturan mesyuarat. Dan kita ada 80 orang dan bukannya saya hendak kekang Ahli Parlimen daripada berdebat.
“Semua yang dipilih parti Whip boleh berdebat. Dipersilakan pada bila-bla masa sahaja yang dibenar parti Whip,” katanya. – MalaysiaGazette
Sekarang ini masing2 mp saling salah menyalah kan sesama sendiri.
Semua nak menjadi hero.
Jadi adalah lebih baik tuan Speaker dahulukan undi kepercayaan terhadap kerajaan yg ada ini.
Selepas ini akan ada perubahan dari perjalanan sidang dimasa akan datang
Baru kita tahu bahawa ramai juga YB@MP yg kaki ponteng atau mengular..
Hadir hanya tunjuk muka supaya media posting wajah mereka agar pengundi percaya bahawa mereka BEKERJA sedangkan ada setengah duduk kat coffe house tengok cctv atau main handphone kerana takut miss elaun @ gaji.
Parlimen perlu buat perubahan atau Undang2 berkait Jawatan sebagai YB berkait elaun atau gaji dengan Fingger Print bagi merekod kehadiran Ahli-ahli Parlimen supaya yg kaki ponteng tidak dipertimbangkan sebagai Calon atau dikenakan tindakan keras seperti bekerja awam/swasta iaitu Surat Tunjuk Sebab ,Surat Amaran (1,2,3) sehingga boleh dipecat atau hilang kelayakan tidak semestinya kes jenayah atau denda mahkamah saja.