KUALA LUMPUR – Mayat dua mangsa yang tertimbus dalam tanah runtuh di resort pelancongan di Tambun ditemukan pada 9.55 pagi.
Mangsa merupakan seorang lelaki dan wanita berusia 30-an, menurut Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng dalam satu sidang media sebentar tadi.
Kejadian tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan malam tadi.
Artikel berkaitan: Tanah runtuh di Tambun, dua dikhuatiri tertimbus
Pasukan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan berhubung kejadian tersebut awal pagi ini bergegas ke tempat kejadian.
Kerja-kerja menyelamat dijalankan dan mendapati kedua-dua mangsa telah meninggal dunia – MalaysiaGazette