
KUALA LUMPUR – Loji Rawatan Air (LRA) Fasa, 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah dihenti tugas antara jam 12.20 hingga 12.45 tengah hari tadi disebabkan oleh pencemaran bau seakan-akan bahan pelarut telah dikesan di Sungai Selangor.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan bau telah dikesan sekitar 8 TON di LRA Rantau Panjang.
“Setakat pukul 6 pagi tadi rekod bacaan terakhir masih 0 TON. LUAS, AIR Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera.
“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata LUAS dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya, hari ini. – MalaysiaGazette