Home Dunia PM Jepun arah menterinya sediakan pakej rangsangan baharu

PM Jepun arah menterinya sediakan pakej rangsangan baharu

Yoshihide Suga

TOKYO (Reuters) – Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga mengarahkan ahli-ahli Kabinetnya untuk mengumpulkan langkah-langkah untuk dimasukkan dalam pakej rangsangan bagi menghidupkan semula ekonomi yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

Menteri Ekonomi Jepun, Yasatusho Nishimura berkata, pakej rangsangan tersebut diharapkan dapat mengurangkan impak Covid-19, membantu perubahan struktur ekonomi dan merangsang produktiviti menerusi digitalisasi.

“Kita semua mahu menimbang semula perbelanjaan kerajaan yang boleh menarik pelaburan swasta,” kata Nishimura sambil menambah kerajaan akan mengumpulkan pakej rangsangan tersebut secepat mungkin.

Ekonomi Jepun dijangka melantun semula pada suku ketiga selepas mencatatkan kemelesetan pertama selepas perang susulan darurat pandemik yang telah melumpuhkan aktiviti ekonomi.

Eksport dan output lebih kukuh didorong oleh pemulihan permintaan dari luar negara.

Bagaimanapun, pelaburan modal dan perbelanjaan isi rumah yang lemah menyebabkan pembuat dasar berada dalam tekanan untuk menawarkan rangsangan fiskal dan sokongan monetari tambahan.

“Kadar pemulihan ekonomi adalah terhadap di seluruh dunia.

“Tiada pilihan selain menyeimbangkan langkah pencegahan virus dengan ekonomi,” kata Ketua Pakar Ekonomi di Mizuho Securities, Yasunari Ueno.- MalaysiaGazette

+ posts