TERKINI : Tiada Isu JASA Dapat RM85.5 juta – Tajuddin

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan peruntukan Belanjawan 2021 untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebanyak RM85 juta sebagai berpatutan kerana sejumlah daripadanya untuk membela nasib bekas pekerja.

Jelas beliau, ini kerana beliau dimaklumkan lebih kurang RM50 juta daripada peruntukan janatam itu bakal digunakan untuk membayar gaji bekas kakitangan yang diberhentikan ketika pentadbiran Pakatan Harapan.