KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik sebanyak 1 sen seliter iaitu RM1.92 seliter dan RM1.62 seliter mulai esok hingga 20 November ini.
Manakala harga diesel naik sebanyak enam sen seliter iaitu daripada RM1.68 seliter kepada RM1.74 seliter.
Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah
dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette