
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumka, sebanyak dua kluster diisytiharkan tamat hari ini.
Kluster tersebut iaitu Kluster Bah Lunas di Kulim dan Baling di Kedah manakala satu kluster lagi iaitu Kluster Bah Bemban di Dungun, Kuala Terengganu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.
Bagaimanapun, wujud empat lagi kluster baharu iaitu Kluster Istimewa, Kluster Alila, Kluster Assumption dan Kluster Rajawali.
“Kluster Istimewa wujud di Sandakan, Sabah di mana kes indeks
bagi kluster itu dikesan menerusi kes ke-22,026 yang telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kemasukan ke wad pada 20 Oktober lepas.
“Manakala, Kluster Alila pula wujud di Kota Kinabalu, Sabah selepas mengenalpasti kes indeks ke-23,498 hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktober lalu,” katanya menerusi kenyataan berkenaan perkembangan terkini Covid-19 hari ini.
Tambah Noor Hisham Kluster Assumption pula wujud di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang serta Kulim di Kedah.
Indeks bagi kluster berkenaan merupakan kes ke-42,773 yang telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kendiri pada 11 November lalu.
Sementara, Kluster Rajawali pula wujud diTimur Laut dan Barat Daya Pulau Pinang selepas mengenalpasti indeks kes yang ke 39,181 hasil saringan kendiri pada 6 November dan telah
dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.
Justeru katanya, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya.
“Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan,” tambah beliau. – MalaysiaGazette