Home Sukan Ronaldo terus beraksi hingga usia 41 tahun

Ronaldo terus beraksi hingga usia 41 tahun

Cristiano Ronaldo

LONDON – Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo dijangka terus bermain sehingga berusia 41 tahun dan disifatkan menjadi penjaring terhebat sepanjang zaman oleh bekas jurulatih di Manchester United.

Jurulatih kecergasan, Mick Clegg yang bekerja dengan Ronaldo di Old Trafford di bawah kendalian Sir Alex Ferguson menganggap pemain berusia 35 tahun itu sebagai ‘atlet terbaik di dunia’.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu tidak menunjukkan sebarang tanda akan berhenti bersama Juventus dalam Serie A selepas membantu skuad Old Lady meraih gelaran berturut-turut dengan 52 gol dalam liga pada dua kempen terakhir.

Dan Clegg percaya Ronaldo memiliki apa yang diperlukan untuk menyamai bekas rakan sepasukan Red Devils, Ryan Giggs dan mengatasi rekod jaringan terbanyak dunia milik Josef Bican dengan 805 gol sepanjang karier. – MalaysiaGazette