Home MGNews TERKINI : Letih dengan Masalah Banjir! Harap Perparitan Bela Balik – Penduduk...

TERKINI : Letih dengan Masalah Banjir! Harap Perparitan Bela Balik – Penduduk Hulu Langat

‘Saya tak boleh angkat barang sebab sudah berusia, andai kata anak-anak tak ada, saya biar sahaja barang-barang dalam rumah. Mana nak selamatkan diri sebab banjir lagi.

Itu kata-kata Esah Mohd Din, 63 yang menceritakan keadaan beliau semasa banjir besar yang menimpa rumahnya pada minggu lalu.

Menurut beliau, disebabkan faktor usia yang semakin lanjut, beliau tidak boleh berbuat apa-apa semasa banjir melanda sekitar Hulu Langat.