Home Utama Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia

Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia

Ahli Parlimen Gerik, Hasbullah Osman bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 25 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia di Hospital Raub kira-kira jam 6.40 petang tadi.

Hasbullah, 63, dalam perjalanan ke Kuala Lipis untuk bertemu anak dan isterinya.

“Arwah meninggal dunia di Hospital Raub. Arwah dalam perjalanan ke Kuala Lipis jumpa anak dan isteri beliau,” katanya sumber MalaysiaGazette.

Sumber berkenaan berkata arwah ada mengadu sakit dada ketika dalam perjalanan ke Raub.

Allahyarham baharu saja dilantik menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menggantikan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau juga dilantik Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berkuat kuasa 12 Mei 2020 sehingga 11 Mei 2022.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, Hasbullah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional menang dengan memperoleh 13,243 undi. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.