Home Nasional Program DAPMUDA: UiTM dan DAP ada agenda tersirat

Program DAPMUDA: UiTM dan DAP ada agenda tersirat

KUALA LUMPUR – Gabungan Persatuan Alumni UiTM kesal penggunaan nama universiti ini dalam penganjuran Madah #DAPMUDA: UiTM dan DAP.

Menurut gabungan itu, program tersebut jelas sekali mempunyai agenda yang tersirat serta tidak mencerminkan aspirasi serta suara majoriti Alumni UiTM.

Berdasarkan poster porgram, acara itu akan diadakan pada 18 November ini.

Ia disertai oleh empat bekas graduan UiTM dan kini memegang jawatan dalam DAP.

Mereka ialah Farhan Haziq (Setiausaha DAPSY); Nur Rahim Nasir (AJK DAP Kg Tunku-SS1); Aslam Ramli (AJK DAP Kg Tunku SS1) dan Ahmad Afiq (SU Publisiti DAP Kg Tunku SS1).

Berikutan itu, gabungan gabungan tersebut mempertahan dan menyelar sebarang usaha untuk mengheret UiTM dalam agenda pihak-pihak tertentu.

“Semua pihak perlu sedar UiTM sebagai institusi pengajian tinggi Bumiputera yang ditubuhkan bertujuan menyediakan peluang pendidikan tinggi dan profesional para Bumiputera.

“Kepada Alumni terbabit, mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga nama dan imej UiTM.

“Kami menyeru mereka tidak mudah terpedaya dengan pihak yang berkepentingan,” kata Gabungan Alumni UiTM dalam kenyataannya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kalau dahulu kerajaan KUTIP sesetengah budak2 kampung pendalaman, felda, desa, malah ada yang cuma berkelulusan gred 3 SPM untuk masuk ke UiTM, diberi peluang, asrama, diberi makan, duit belanja dan pelbagai kemudahan.

    Tapi bila sudah berjaya ada yang kini menjadi golongan penentang paling kuat kerajaan Melayu?

Comments are closed.