TERKINI : 1,103 Kes Baharu Hari Ini, 544 Kes di Lembah Klang – Noor Hisham

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,103 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid- 19 di negara ini sebanyak 48,520 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan adalah 12,601 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan sebanyak 544 kes positif atau 49.3 peratus hari ini.