Home Dunia 4 negeri dipilih terima program perintis vaksin Pfizer

4 negeri dipilih terima program perintis vaksin Pfizer

Pfizer antara syarikat farmaseutikal yang membangunkan vaksin untuk Covid-19. foto Agensi

WASHINGTON – Pfizer Inc telah melancarkan program perintis pertama ekperimen vaksin Covid-19 di empat negeri di Amerika Syarikat (AS).

Vaksin Pfizer, yang terbukti lebih daripada 90% berkesan untuk mencegah Covid-19 berdasarkan data awal, perlu dihantar dan disimpan pada suhu -70 darjah C.

Suhu yang ditetapkan jauh berbeza untuk standard vaksin biasa antara 2 hingga 8 darjah Celcius.

“Kami berharap hasil program ini akan menjadi model bagi negari-negari di AS dan kerajaan antarabangsa yang lain, ketika mereka bersiap untuk melaksanakan program vaksin Covid-19 yang efektif,” kata Pfizer dalam satu kenyataan.

Pfitzer telah memilih Rhode Island, Texas, New Mexico dan Tennessee untuk program perintis ini setelah mengambil kira perbezaan dalam saiz keseluruhan, kepelbagaian populasi dan infrastruktur imunisasi, serta keperluan negara untuk menjangkau individu di bandar dan kawasan luar bandar yang berbeza-beza.

Pfizer dan rakan kerjasamanya, BioNTech SE mempunyai perjanjian AS$1.95 bilion untuk membekalkan 100 juta dos vaksin kepada AS, yang mempunyai pilihan untuk memperoleh hingga 500 juta dos tambahan.

Sebelumnya, Moderna Inc memaklumkan vaksin eksperimentalnya sudah mencapai keberkesanan 94.5% untuk mencegah Covid-19.

Ia berdasarkan data sementara daripada percubaan tahap akhir, sekali gus meningkatkan harapan bahawa vaksin terhadap virus ini mungkin siap digunakan dalam waktu dekat.

Vaksin Pfizer dan Moderna menggunakan teknologi baharu yang disebut synthetic messenger RNA untuk mengaktifkan sistem kekebalan tubuh terhadap virus. – MalaysiaGazette