WASHINGTON – Joe Biden memberi amaran bahawa ramai akan mati jika peralihan kuasa pentadbiran negara itu dihalang oleh Donald Trump.
Bercakap di Delaware, presiden yang baharu dipilih itu berkata, Amerika Syarikat (AS) perlu saling berkoordinasi untuk membendung wabak koronavirus.
Biden sekali lagi menyebut keengganan Trump untuk mengakui kekalahannya adalah memalukan.
“Ini bukan permainan,” kata bekas wanita pertama AS, Michelle Obama menerusi media sosial.
Dalam Pilihan Raya Presiden baru-baru ini, Biden telah mendapat 306 undi – melepasi 270 undi yang diperlukan untuk memenangi pilihan raya tersebut.
Meskipun begitu, Trump dalam ciapannya pagi Isnin berkata: “Saya menang dalam pilihan raya”
Trump telah mencabar banyak keputusan undi pilihan raya.
Pentadbiran Perkhidmatan Umum (GSA), agensi pemerintah yang ditugaskan untuk memulakan proses peralihan kuasa kepada presiden baharu masih belum mengakui Biden dan regunya, Kamala Harris sebagai pemenang.
Kedua-dua mereka masih tidak mendapat akses kepada taklimat sensitif kerajaan yang biasanya diberikan kepada pentadbiran baharu.
Dalam ucapannya, Biden menyifatkan tingkah-laku Trump ini sama sekali tidak bertanggungjawab.
“Adakah ada yang memahami keadaan ini? “Ini mengenai menyelamatkan nyawa, sebenarnya, ini bukan hiperbola,” tegas Biden.
Tambahnya lagi: “Lebih banyak orang mungkin mati jika kita tidak melakukan koordinasi”.
Ujar Biden, jika pentadbirannya perlu menunggu sehingga 20 Januari 2021 untuk pelantikan Presiden AS – mereka memerlukan masa untuk melaksanakan program pengedaran – kemungkinan akan ketinggalan lebih sebulan setengah.- MalaysiaGazette