KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.
Lelaki pertama, Yuen Hon Loong, 49, mempunyai dua alamat terakhir di No. 27 Jalan Kota 12 Taman Kota 83700 Yong Peng, Johor dan No 13A Jalan PJS 1/32, Batu 6 1/2 Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor.
Manakala lelaki kedua, Teo Hun Siang, 36, mempunyai tiga alamat terakhir di 3-2 Residensi Sultan Ismail No 12 Jalan Sultan Ismail, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, No. 803, Pekan Baru Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan 77-19-3A Sri Emas Condominium Jalan Hang Isap Off Jalan Galloway, Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, SPRM dalam satu kenyataan mahu orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Muhamad Hairi Mustafa Kamal di talian 014-3042 195 / 03-8870 0512 atau e-mel ke alamat [email protected] MalaysiaGazette