Home Utama Azhar maklum kepada SPR kekosongan kerusi Parlimen Gerik

Azhar maklum kepada SPR kekosongan kerusi Parlimen Gerik

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini mengemukan surat berhubung kekosongan kerusi Parlimen P.054, Gerik kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Yang Dipertua Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, surat mengenai kekosongan kerusi itu dihantar kepada Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh.

Beliau berkata, selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengisi kekosongan luar jangka itu dalam tempoh 60 hari.

“Di atas kesempatan ini, bagi pihak Parlimen Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham, Yang Berhormat Datuk Hasbullah Osman dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh di sisi Allah Subhanahu Wataala,” katanya menerusi pemakluman mengenai kekosonga kerusi berkenaan.

Kerusi Parlimen Gerik kosong selepas penyandangnya, Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia di Hospital Raub pada Isnin lepas.

Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia

PRK Gerik perlu diadakan selari ketetapan Perlembagaan – UMNO Perak

Tak perlu ada PRK untuk Parlimen Gerik – Guan Eng

Allahyarham baharu saja dilantik menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menggantikan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau juga dilantik Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berkuat kuasa 12 Mei 2020 sehingga 11 Mei 2022.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, Hasbullah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional menang dengan memperoleh 13,243 undi. – MalaysiaGazette