Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melahirkan rasa kesal dengan tindakan segelintir pemain industri yang tidak menghormati undang-undang dan mementingkan keuntungan membina papan iklan haram tanpa membayar sesen pun kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menurut Datuk Bandar Subang Jaya, Noraini Roslan, lebih malang apabila pihak industri enggan berbincang dan tidak memberi maklum balas dengan pihaknya apabila notis mengenai struktur haram itu diberikan.