KUALA LUMPUR – Perayaan Deepavali yang disambut pada 14 November lalu merupakan festival cahaya yang menerangi kehidupan menurut penganut agama Hindu.
Ia dipercayai hadir dengan keamanan, kemakmuran, kesihatan dan kegembiraan.
Apa pun, suasana sambutannya kini masih dirasai apabila Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre menawarkan promosi menu istimewa sejak 12 November lalu hingga akhir bulan ini.
Dengan mengalu-alukan festival itu, menu tersebut boleh dinikmati di Restoran The 39 yang menawarkan pakej menu istimewa hasil sentuhan cef-cef untuk ahli keluarga atau rakan-rakan berkumpul meraikan hari gembira ini.
Dengan tawaran harga yang sangat berpatutan demi meraikan hari gembira itu, dua menu diperkenalkan dengan kombinasi hidangan menarik yang menyelerakan.
Menu tersebut adalah roti nan bersama ayam tandori dan nasi putih stim yang tampil dengan hidangan. Lebih berbaloi, harga ditawarkan adalah RM18 dan RM20 sahaja.
Malah cukup bermakna, hidangan itu dapat dinikmati dari tingkat 39 dengan berlatarbelakang Menara Kuala Lumpur dan pemandangan bandar raya ibu kota yang indah bercahaya pada waktu malam.
Orang ramai yang berminat, boleh mengunjungi hotel berdekatan Menara Berkembar Kuala Lumpur itu yang beroperasi sehingga 8 malam di Restoran The 39.
Maklumat lanjut dan tempahan, mereka boleh menghubungi talian 03-749 03939.
Sementara itu, Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre yang merupakan milik Permodalan Nasional Berhad diuruskan Attana Hotels & Resorts Sdn. Bhd.- MalaysiaGazette